Monday, May 16, 2011

PENCALONAN KEPIMPINAN UMI 2011/2012

KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA UMI SESI 2011/2012

PENCALONAN :

1. Setiap ahli adalah layak untuk mencalonkan hanya sekali individu-individu yang difikirkan layak untuk memegang tampuk pimpinan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI).

2. Setiap pencalonan mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari pihak yang dicalonkan kecuali calon yang dicadangakan melalui mesyuarat exco sesi 2010/2011.

3. Kerusi yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Borang (A) : Pengerusi (seorang)

Borang (B) : Timbalan Pengerusi (seorang)

Borang (C) : Ahli Jawatankuasa (EXCO) (4 orang)

BORANG PENCALONAN :

1. Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap sebelum diserahkan. Pihak SPR berhak membatalkan tanpa notis mana-mana borang yang gagal diisi dengan lengkap.

2. Borang mestilah diserahkan kepada wakil-wakil SPR UMI di tempat borang-borang itu diambil sebelum jam 4 petang, Selasa, 19 Mei 2011.

3. Borang-borang pencalonan boleh diperolehi dari wakil-wakil SPR UMI di kawasan-kawasan berikut dengan bayaran sebanyak LE 2 bermula pada hari Selasa, 17 Mei 2011 :

Mandaroh : Rumah Ust Firdaus Bin Sulaiman (0116642838)

Asofiroh : Rumah Ust M.Khairul nizam M.Rozali (0117998782)

PENGUNDIAN :

1. Sesi pengundian akan dijalankan sekiranya terdapat lebihan calon untuk jawatan-jawatan tertentu. Jika tiada, maka semua calon akan menang tanpa bertanding.

2. Tempoh berkempen bagi calon-calon yang bertanding bermula selepas pengesahan calon melalui web rasmi SPR UMI jam 12 malam, tarikh 19 Mei 2011 hingga hari pembuangan undi pada 21 Mei 2011 jam 3.00 ptg.

3. Nama-nama yang dicadangkan untuk jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMI akan dihantar kepada pihak PMRAM dan keputusan muktamad hanya akan ditentukan melalui persetujuan pihak PMRAM.

MAKLUMAN CALON :

1. Calon mestilah berdaftar sebagai ahli UMI.
2. Calon tidak boleh menyentuh peribadi calon lain semasa berkempen.
3. Calon tidak semestinya hadir pada hari pengundian.

MAKLUMAN PEMILIH :

1. Setiap pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja.

2. Masa pengundian bermula jam 1.30 ptg hingga 3.00 ptg pada hari Khamis 21 Mei 2011 di Dewan Zajlatul Abidah (Markaz DPMI)

3.Pemilih hanya perlu memilih 1 (satu) calon KETUA, 1 (satu) calon TIMBALAN KETUA,dan 4 (empat) calon Ahli Jawatankuasa.

4. Kesilapan dalam perkara 3 di atas akan menyebabkan undi anda dikira rosak.

5. Pemilih mestilah hadir sendiri untuk pembuangan undi.

HILANG KELAYAKAN :

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan untuk mengundi jika dia:

1. Pada tarikh pengundian, ditahan kerana tidak siuman (gila) atau sedang menjalani hukuman penjara

2. Telah gugur syarat/autoriti sebagai ahli UMI.

BANTAHAN :

1. Sebarang bantahan terhadap perjalanan Pilihanraya, sila behubung terus dengan Pengarah

SPR UMI.

2. Bantahan dibuka bermula ketika iklan ini disebarkan hingga sehari selepas hari pengundian.

Disediakan oleh :

M. Khairul Nizam b. M. Rozali

Pengarah, SPR UMI 2011/2012
Tel : 0117998782

0 comments: