KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA UMI SESI 2010/2011
PENCALONAN :
1. Setiap ahli adalah layak untuk mencalonkan hanya sekali individu-individu yang difikirkan
layak untuk memegang tampuk pimpinan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI).
2. Setiap pencalonan mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari pihak yang dicalonkan kecuali calon yang dicadangakn melalui mesyuarat exco sesi 2009/2010.
3. Kerusi yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
• Borang (A) : Pengerusi (seorang)
• Borang (B) : Timbalan Pengerusi (seorang)
• Borang (C) : Ahli Jawatankuasa (EXCO) (4 orang)
BORANG PENCALONAN :
1. Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap sebelum diserahkan. Pihak SPR berhak
membatalkan tanpa notis mana-mana borang yang gagal diisi dengan lengkap.
2. Borang mestilah diserahkan kepada wakil-wakil SPR UMI di tempat borang-borang itu diambil sebelum jam 1.00 petang, Isnin, 15 Mac 2010.
3. Borang-borang pencalonan boleh diperolehi dari wakil-wakil SPR UMI di kawasan-kawasan berikut dengan bayaran sebanyak LE 1 bermula pada hari Jumaat, 12 Mac 2010:
• Asofiroh (A): Rumah Ust Faizal Bin Hamsani (0100716486)
• Asofiroh (B) : Rumah Ust Mohd Fairuz Bin Tamjis (0111261709)
• Mandarah : Rumah Ust Mohd Sanusi Bin Yusof (0110437584)

0 comments:
Post a Comment